
MAWAR TERAJU SDN. BHD.
"A World Where Businesses Give More"
CSR - PROJEK ALAS PERUT
Seiring visi "A World Where Businesses Give More", Mawar Teraju mewujudkan inisiatif CSR Projek Alas Perut yang mensasarkan edaran pek makanan ringan untuk komuniti setempat dengan kerjasama Vendor makanan yang berkonsepkan 'home-based'.





Ringkasan Projek Alas Perut - Mawar Teraju
Projek ini berkonsepkan makanan 'small bites' yang diedarkan di kawasan tumpuan komuniti antaranya ketika sesi solat Jumaat di masjid-masjid berdekatan. Dalam erti kata lain, "Makan tak kenyang, tapi tak lapar." Syarikat telah melantik beberapa orang Vendor makanan yang beroperasi secara 'home-based' untuk membekalkan makanan mengikut jadual diberikan.
Projek ini turut mensasarkan peningkatan pendapatan oleh Vendor terlibat, selain peluang pemasaran percuma bakal dinikmati oleh Vendor melalui kerjasama projek ini. Dana untuk projek ini 100% datang daripada Syarikat. Walau bagaimana pun, Syarikat turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yayasan ataupun Pihak NGO sekiranya perlu. Sejak dilancarkan, peningkatan pendapatan sebanyak RM1,500 ringgit setiap bulan di catat oleh Vendor terlibat.
​
Update Projek boleh di baca di Channel Rasmi Group Telegram Projek Alas Perut di link berikut: https://t.me/projekalasperut